Angin malam menghembus sepoi - sepoi bahasa menerbangkan dedaunan layu yang menguning. Dari jauh sayup - sayup kedengaran orang berbual tanpa dapat didengar butir bicara mereka.
Aku termenung sendiri, menghitung dan mencongak langkah politik Malaysia yang panas pada tahun 2007. Seolah - olah seperti dijanjikan sebaik sahaja usia Persekutuan menjengah 50 tahun, arus kebangkitan rakyat secara tiba - tiba bergelodak menghempas pantai Barisan Nasional. Umpama badai yang bergolak ganas, kaum India yang selama ini dikenali sebagai kaum yang mudah dicucuk hidung oleh BN telah mula menunjukkan amarahnya, dan rencah politik di negara ini semakin meriah dengan isu demi isu yang berwarna warni dilatari pelbagai teori dan telahan.
Tahun 2008, sehangat iklim semasa tanah air demikian jugalah hangatnya situasi politik negara. Orang Cina percaya pada angka 8 sebagai angka bertuah tetapi Chua Soi Lek membuktikan angka 8 sebagai angka pembunuh karier politiknya. Namun harus diberi ucapan tahniah di atas sikap jantannya yang mengaku salah dan sedia berundur. Sekurang - kurangnya dia tidak dijatuhkan secara aib dan hina dina.
Teringat aku pada sebuah kisah di mana seorang Ketua Menteri terlibat dengan skandal seks bersama seorang remaja perempuan bawah umur. Menteri yang kacak itu tidak mengaku bersalah sekalipun terdapat bukti - bukti yang nyata lagi jelas menyerlahkan ketelanjurannya. Aku tidak tahu apakah pemimpin dari bangsa Melayu mempunyai keberanian yang sama seperti bekas Menteri Kesihatan ini. Barangkali jawapannya ada pada para pendokong ketuanan Melayu.
Aku dapat merasakan tahun 2008 yang datang ini akan diwarnai dengan kenaikan harga minyak, dan mungkin juga subsidi minyak akan dipancung terus sekaligus menyaksikan rakyat terpaksa membayar harga pada kadar yang sangat mahal. Tahun 2008 mungkin pilihanraya umum akan diadakan dengan menyaksikan orang India sudah mula bangkit dan bernaung di bawah panji Parti Keadilan Rakyat. Sekalung ucapan terima kasih aku berikan kepada mereka - mereka yang menyakini sebuah agenda perjuangan yang berteraskan anti perkauman.
Dahulunya, aku masih mengingati suatu zaman di mana Partai Rakyat Malaysia memenangi banyak kerusi DUN dan Parlimen dan muncul sebagai parti berpengaruh yang berjalan seiringan dengan Parti Islam Semalaysia (PAS). Hari ini versi baru Partai Rakyat telah digantikan dengan keADILan yang memperjuangkan prinsip yang sama seperti yang dilaung-laungkan Parti Rakyat 55 tahun lampau. Aku lihat sirna kecemerlangan parti keADILan sudah mula tampak berkilauan. Dengan Izin Tuhan kita akan menang!
Sederap demi sederap, selangkah demi selangkah barisan pembangkang semakin bersatu di bawah payung ketuanan rakyat. Sedetik demi sedetik PAS, KeADILan, DAP, PSM dan NGO-NGO terus mara menggempur ketumbukan Barisan Nasional. Sejarah telah membuktikan bilangan ahli dan sumber kewangan yang banyak bukanlah faktor penentu kemenangan, sebaliknya mereka yang berjuang kerana yakin kepada kebenaran sahajalah yang layak ditabal sebagai juara.
Perjuangan kita akan terus dirahmati Tuhan selagi mana kita berpegang kepada kebenaran dan menentang kebatilan. Dengan iktikad sedemikian sahajalah yang mampu memberikan kekuatan kepada kita untuk terus mengharungi sebuah pertempuran yang tidak berpenghujung, yang diwarisi turun temurun, dari generasi ke generasi sehinggalah ke akhir hayat nanti. Perjuangan menentang penjajah masih belum berakhir kerana hari ini kita berhadapan dengan lawan yang lebih akbar dari British, yakni mereka yang berwajah Melayu tetapi berjiwa penjajah.
Mereka akan terus mengelirukan rakyat semahu - mahunya asalkan mereka kekal di persada kuasa. Namun kita tidak boleh mengalah. Ruang sempit yang disediakan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Maka bersiap siagalah kita mendepani sebuah perjuangan menegakkan maruah rakyat marhaen. Membujur lalu melintang patah! Reformasi!

No comments:
Post a Comment