Tuesday, January 1, 2008

Apabila Najib Bernazzri


Pada 31 Disember 2007, Utusan Malaysia telah melaporkan di laman utamanya memetik ucapan seorang pemimpin negara yang tersohor dengan gelaran dewa komisyen, Dato' Seri Najib Tun Razak. Di dalam ucapan tersebut, Najib menyatakan Negara Akan Bangkrap Jika Harga Minyak Turun. Hoh! Terperanjat lagi Mengejutkan tatkala menatap Headline ini.

Utusan Malaysia ini telah lama diperosok dengan pemikiran pencacai pemerintah sejak ditadbir urus oleh seorang mamak maidin penjual cendol yang haprak lagi tidak berguna kepada bangsa dan tanah air. Mamak maidin yang bengong ini telah menjadikan Utusan Malaysia sebagai sebuah lidah pemerintah yang hanya pandai beronggi ponggi tetapi tiada telur untuk menegakkan kebenaran.

Dan apabila Utusan Malaysia memberi ruang kepada Najib untuk bercakap secara sembrono menyatakan negara akan bangkrap jika harga minyak turun, kita amat yakin hujah Najib ini umpama hujah budak kecil yang cuba mencari alasan apabila dituduh mencuri buah betik.

Mari kita mencabar Najib membuktikan kata - katanya itu bernas dan benar. Tunjukkan kepada kita 'rough calculation' yang membuktikan negara akan bangkrap jika harga minyak diturunkan. Bentangkan laporan kewangan Petronas sejak mula diperbadankan sehinggalah sekarang. Buktikan kata - kata Najib itu benar berdasarkan laporan ekonomi GDP, GNP & laporan pendapatan / perbelanjaan fiskal negara ini. Buktikan Laporan Audit Negara yang mendedahkan kepincangan BN dalam mengurus tadbir harta rakyat itu tidak benar. Buktikan pemimpin - pemimpin BN tidak makan duit komisyen atau rasuah. Buktikan pemimpin - pemimpin BN hari ini tidak pernah menyalah gunakan kedudukan politik untuk memenuhkan poket mereka dan keluarga mereka.

Setakat cakap sembrono seperti itu orang kampung pun belum tentu boleh terpedaya! Poorah Najib. Sekarang bukanlah masanya untuk memperbodohkan rakyat yang semakin cerdik untuk membeza dan menilai.

Saya amat yakin Najib yang intelektual ini telah dijangkiti penyakit Cendol Busuk yang dibawa oleh mamat Maidin. Saraf-saraf otaknya telah dipenuhi kulat - kulat amoeba yang memenuhi setiap inci ruang akalnya. Najib sejak akhir - akhir ini sudah pandai bernazzri dengan ucapan yang berdegar - degar tetapi dipenuhi dengan ulat sampah. Hatinya berkecamuk dengan asakan bertubi - tubi Anwar dan barisan pembangkang sehingga tergamak melahirkan hujah dangkal negara akan bangkrap jika harga minyak turun.

Hakikat yang perlu kita fahami di sini ialah negara tidak akan muflis jika kita menerapkan dasar - dasar kepedulian rakyat sebagai teras pemerintahan. Jika harga minyak turun, maka rakyat akan dapat menjimatkan wang mereka. Wang ini boleh digunakan untuk membuat pelaburan di amanah - amanah saham atau sebagai simpanan di masa hadapan. Dengan wang ini juga rakyat boleh menikmati sebuah kehidupan yang lebih manusiawi. Seperti contoh rakyat boleh membeli kediaman yang lebih selesa, atau membeli barangan keperluan harian yang lebih bermutu.

Dengan kata lain, apabila harga minyak turun, maka secara automatiknya harga produk keperluan juga akan turut turun. Dengan demikian rakyat boleh berbelanja dengan kemampuan yang lebih dan hasilnya aliran wang di negara kita akan meningkat. Ini secara tidak langsung akan memacu pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik berbanding sekarang.

Malaysia Bangkrap Sebab Pemimpin Rakus

Fakta yang harus diakui negara Malaysia ini ialah kita memiliki pemimpin yang lahap merampok harta rakyat. Bangkrapnya Malaysia ini adalah tidak lain dan tidak bukan kerana kita memiliki ramai pemimpin yang berjiwa duit. Cuba bayangkan bagaimana Rosmah Mansor dengan selambanya bershopping sakan di luar negara menghabiskan ratusan ribu ringgit dalam masa sehari. Cuba congak kembali dari mana ADUN Brader Zack dapat duit untuk membina Istana Zakaria?

Cuba hitung dari celah mana suku sakat Rafidah Aziz boleh memiliki sebuah syarikat pengedar kereta mewah yang terulung di negara ini? Malah difahamkan kekayaan syarikat ini sangat banyak sehingga mampu mengambil alih pengurusan Proton.

Cuba renung kembali bagaimana Annuar Musa mampu memiliki Mercedes WCE 1? Cuba kita membuat telahan dari mana kegilaan memiliki plat kereta ekskusif yang menyebabkan Menteri Besar Perlis & Menteri Besar Pahang sanggup bertaruh sejumlah wang yang banyak untuk memilikinya? Inilah antara contoh perlakuan pemimpin haprak yang menganggap kantung negara ini abah dan mak dia yang punya. Inilah punca sebenar negara kita akan bangkrap, bukannya kerana harga bahan bakar turun.

Duit yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat telah menjadi hak milik peribadi keluarga Najib dan suku sakatnya di dalam Barisan Nasional. Inilah penyebab utama mengapa Malaysia ini gagal dalam menggerakkan dasar yang lebih peduli terhadap nasib rakyat. Sebab itulah harga minyak naik, harga bawang naik, harga tepung naik, harga Milo naik. Jikalau kita menitik beratkan kepentingan rakyat berbanding kepentingan diri sendiri, maka kita akan lihat pembaziran wang negara tidak akan berlaku seperti sekarang ini.

Kekayaan pemimpin di luar batasan akal telah menyebabkan kita tertanya - tanya, mengapa mereka semakin kaya sedangkan rakyat semakin miskin. Sebenarnya sistem pengurusan negara yang tidak telus ini adalah puncanya mengapa Malaysia ketinggalan jika dibandingkan dengan negara - negara lain seperti Korea Selatan, Singapura, China dan India.

Najib mengolah persetujuan orang ramai yang tidak mahu negara ini bangkrap dengan mengaitkan dasar Dato' Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan sebaik sahaja keADILan, PAS dan DAP menang pilihanraya maka keesokan harinya harga minyak akan turun serta merta.

Sudah pasti Najib cuak dengan Anwar, kerana itu seberapa boleh dia perlu berusaha sedaya mungkin untuk mengelirukan rakyat agar rakyat tidak mudah percaya dengan janji pembangkang. Poorah Najib! Pemimpin seperti anda yang hanya memikirkan duit poket sendiri tidak akan mampu memperdaya rakyat untuk mempercayai perjuangan kami yang nekad memperjuangkan ketuanan rakyat marhaen.

Poorah Najib! Jikalau benar negara ini akan bangkrap, jangan letakkan alas beban itu kepada alasan 'harga minyak turun'. Negara ini hanya akan bangkrap jika rakyat terus memberi kepercayaan kepada BN untuk memerintah 50 tahun lagi. Pemimpin - pemimpin BN yang tidak takut kepada Tuhan, yang terbukti merompak harta khazanah milik rakyat atas nama Ketuanan Melayu dan Bumiputera, yang tidak segan silu menaikkan harga barangan keperluan rakyat tanpa sedikitpun sensitif dengan penderitaan rakyat marhaen, pemimpin - pemimpin haprak yang gila komisyen inilah punca negara ini akan bangkrap.

Disebabkan itulah mari kita berpadu tenaga untuk mengubah landskap politik dan ekonomi negara ini sebelum parah. Ubahlah kepimpinan hari ini demi maruah. Bersama - samalah kita berusaha menegakkan keadilan dan mengembalikan kesejahteraan rakyat, dan suka saya menyeru agar rakyat tidak perlu takut untuk mengubah pentadbiran hari ini kepada sebuah pemerintahan yang lebih telus dan saksama.

Selamatkan Malaysia. Selamatkan Rakyat!

No comments: