Udara bulan Januari menghembus sepoi - sepoi bahasa. Nyamannya apabila berpeluang menghela nafas segar di awal bulan ini. Namun, ia tidak bermakna situasi politik di negara kita ini juga turut nyaman lagi menyegarkan. Ketika ini gelodak pilihanraya semakin membahang. Kedua - dua belah pihak, baik dari Barisan Nasional maupun Barisan Rakyat masing - masing sedang sibuk merencana strategi bagi memenangi pilihanraya umum ke 12 ini.
Gendang pilihanraya mula kedengaran apabila TV3 mula memaparkan kempen - kempen politik di merata negeri. Najib Razak misalnya telah berada di Pekan menyampaikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada para penduduk miskin di parlimennya. Di Perlis, kain rentang telah mula dikibarkan dengan kata - kata mengampu Menteri Besar Shahidan Kassim.
Sedang BN boleh berbangga kerana memiliki jentera yang lengkap dan ketumbukan ahli yang ramai, Barisan Rakyat pula bersusah payah mengadakan road tour di seluruh negara. Walaupun terpaksa meredah ranjau berduri, namun tekad dan azam pembangkang untuk menentang para perasuah dari BN ini wajarlah dipuji. Sekalung tahniah buat PAS, KeADILan dan DAP.
Kali ini kita melihat kuasa politik baru, Parti Keadilan Rakyat (keADILan) berfungsi sebagai penyatu pembangkang dalam menghadapi Barisan Nasional. Tidak dapat dinafikan, keADILan telah memainkan peranan yang baik dalam memastikan BN bakal berdepan dengan tentangan 'satu lawan satu' di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan izin Tuhan BN tidak akan dapat memenangi kerusi secara percuma seperti sebelum ini.
Tinjauan di Markas PAS pula menyaksikan bendera Parti Keadilan Rakyat juga dikibarkan sebagai tanda solidariti pembangkang. Pemandangan yang sama turut boleh disaksikan di Bilik Gerakan keADILan di sekitar Selangor. Ini menunjukkan jentera Barisan Alternatif telah bersedia untuk menggempur Khir Toyo dan suku sakatnya.
Khir Toyo mungkin alpa dan lupa bagaimana dasar setinggan sifar yang dipeloporinya telah menyebabkan ramai anak bangsa Melayu kehilangan peluang untuk memiliki tanah sendiri. Ini kerana rumah yang disediakan perlu dibayar sewa bulanan. Ianya telah memberikan satu bentuk hasil pendapatan kepada kerajaan negeri Selangor di samping menafikan anak Melayu untuk memiliki tanah di kawasan bandar.
Mengapa UMNO sanggup mengkhianati anak Melayu dengan menghantar mereka ke 'sarang - sarang burung' rumah flat? Tahukah Khir Toyo kebanyakan gejala sosial bermula di kawasan flat di mana remaja berasa rimas tinggal di dalam persekitaran rumah yang sempit? Inilah salah satu puncanya remaja masa kini menjadi liar dan lebih gemar berada bebas di luar kediaman mereka. Lalu terjadilah apa yang dipanggil gejala kerosakan sosial dan keruntuhan moral.
Takkanlah ini pun Khir tak faham?
Sudahlah, Khir Toyo selayaknya balik kampung dan menjadi pegawai perubatan gred U41 daripada sibuk mencatur nasib keluarga bini dan kroninya. Dia boleh berambus dari skrin radar politik Selangor kerana sampah sarap sepertinya telah menyebabkan bangsa Melayu semakin terpinggir dan kehilangan hak untuk hidup sebagai bangsa berdaulat.
Ketakutan Khir Toyo terhadap Parti Keadilan Rakyat telah sampai ke tahap paranoid. Kononnya PKR adalah Parti Kelirukan Rakyat. Soalan cepu emas buat Khir Toyo, siapa yang kelirukan siapa? Kami atau BN? Cendol Maidin pernah menegaskan kepada Al - Jazeera bahawa negara kita mengamalkan demokrasi beberapa saat selepas salah seorang wartawan stesen televisyen tersebut disembur water cannon FRU! Selain itu:-
1. Media cetak pro BN pernah menyatakan demonstrasi Bersih hanya disertai 4 000 orang umat manusia sedangkan jumlah sebenarnya menjangkau 130 000 orang!
2. Dollah Kaki Tidur pernah menyatakan anaknya tidak berniaga di dalam negara sedangkan semua orang tahu Scomi telah menjadi joki penunggang Petronas!
3. Pada tahun 2006 ketika banjir mengganas di Johor Dollah telah berangkat ke Australia kononnya atas urusan kerja. Rupa - rupanya dia sedang asyik masyuk berasmara dana bersama - sama Jeane. Turut menyertai mereka ialah bos Ferrari dan tunangnya Michelle Yeoh.
4. Tangan kanan Najib Razak berjuang demi agenda pembangunan bangsa Melayu di saat tangan kirinya rakus merembat duit negara atas nama komisen kapal selam!
5. BN pernah berkata mahu majukan Ijok dengan peruntukan projek pembangunan bernilai jutaan ringgit yang ditaburkan kononnya mahu memajukan daerah tersebut. Malangnya jalan - jalan raya yang dibina mereka secara tergesa - gesa telah rosak, retak dan terbarai!
6. Parti komponen BN ke 15, SPR berkata pilihanraya berjalan dengan telus dan adil walaupun blog - blog reformasi telah mendedahkan nama - nama pengundi yang meninggal dunia tetapi masih berada di dalam senarai daftar pemilih!
Akhir kata, bersama - sama kita mendoakan kemenangan keADILan - Barisan Rakyat demi menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia. Reformasi!